RSS

Sepatah Kata Dari Pengarah Akademi AJKK

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AKADEMI JAHITAN KOTA KINABALU (AJKK).

Pengarah Urusan,AJKK

Pn.Alice Lenson,Pengarah Urusan

 SALAM 1MALAYSIA,

Dalam usaha membantu kerajaan melahirkan sumber tenaga kerja yang berkemahiran selaras dengan keperluan sektor industri, telah mendorong Puan Alicia Lenson yang berpengalaman dalam bidang jahitan selama 20 tahun menubuhkan sebuah akademi jahitan untuk memberi bimbingan dan latihan kemahiran jahitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Menerusi kursus dan sistem latihan kemahiran yang diiktiraf, ianya dapat membantu melahirkan golongan belia (tenaga kerja mahir) yang berkualiti dan berpengetahuan (k-Pekerja) bagi memenuhi keperluan pekerjaan.

 PENGASAS AJKK/DREAM COLLECTION

 Alicia Lenson adalah pengasas dan pemilik Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) dan Dream Collection. Dream Collection juga merupakan syarikat  yang ditauliahkan SLDN oleh JPK. Alicia telah berkecimpung  dalam  bidang  jahitan  dan industri  membuat pakaian  selama  20 tahun. Beliau berpengalaman luas sebagai Jurulatih Jahitan dan pernah memegang jawatan itu di Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSS) dan menjadi Pensyarah sambilan di Institut Pengajian Tinggi  Awam yang menawarkan kursus kemahiran jahitan sebagai kursus elektif.Kemahiran jahitan dan fesyen menjadi  inti  utama  kreativiti bagi pereka fesyen ini. Malah beliau ingin berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dimiliki kepada sesiapa sahaja yang berminat, kerana peluang mencari rezeki sentiasa terbuka luas dalam bidang tersebut.

AJKK

 AKADEMI JAHITAN KOTA KINABALU (AJKK)

Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) (Kod Pusat PD0005) merupakan Pusat  Latihan SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional) (National Dual Training System) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia (Department of Skills Development, Ministry of Human Resources),  untuk mengendalikan latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang  kemahiran  Pembuat  Pakaian Wanita  (Tahap 1), Pembuat Pakaian Wanita Kanan (Tahap 2) dan Penyelia Pembuat Pakaian Wanita (Tahap 3).

Akademi ini yang telah ditubuhkan pada 27 Julai 2009 merupakan Pusat Latihan Swasta  yang menyediakan peluang kepada kaum wanita dan lelaki yang berminat dalam bidang jahitan untuk mempelajari asas jahitan hingga ke peringkat pertengahan menerusi teknik pengajaran yang professional dan sistematik.

 AJKK menganjurkan kursus secara teori dan praktikal dalam bidang jahitan rekaan fesyen, malah para peserta turut didedahkan ciri-ciri keusahawanan dan perniagaan industri tekstil (real industry) yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Kursus yang ditawarkan termasuklah kursus jangka pendek dan jangka panjang dalam bidang rekaan fesyen pakaian.

 AJKK juga menawarkan kursus khas untuk  golongan belia dan suri rumah atau mereka yang bekerja dan ingin mempelajari dan mendalami ilmu kemahiran membuat baju untuk diri sendiri dan juga keluarga pada masa lapang. Disamping memperbaiki kemahiran dan cara yang lebih tepat membuat berbagai jenis baju kurung moden, kebaya, kebaya moden, seluar, skirt panjang, blouse, pakaian tradisional, gaun pengantin, gaun malam (evening dress) dan lain-lain.

AJKK  berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA), dalam bidang pembekalan kod 120502-Mengajar Menjahit(Tenaga Pengajar). 

 
1 Comment

Posted by on April 9, 2011 in Uncategorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.