RSS

KURSUS JAHITAN & PROMOSI TERKINI

TAWARAN HEBAT SEMPENA BULAN RAMADHAN!!!

BENGKEL 4 HARI MENJAHIT BAJU KURUNG ASLI.

PROMOSI SAH SEHINGGA 20/7/2013 SAHAJA.

Yuran Pendaftaran:

1.RM450.00 (Yuran Promosi)

2.RM700.00 (Yuran Normal)

Jika anda sedang tercari-cari cara untuk MENAMBAH PENDAPATAN? Inilah penyelesaian yang REALISTIK. Belajar menjahit dan ambil upah menjahit baju orang lain.Mulakan dengan belajar cara menjahit baju kurung sendiri dulu. Kemudian ambil upah menjahit baju secara kecil-kecilan. Kemudian buka kedai jahit atau butik sendiri. Pastinya lumayan, kan?

SEGALANYA MUNGKIN! Inilah titik permulaan untuk mengubah hidup anda!! Sekarang, anda boleh mempelajari cara menjahit baju kurung dengan MUDAH, CEPAT dan PRAKTIKAL.

Anda boleh terus menjahit baju kurung sekarang.

Promosi Terkini!

 

AJKK menganjurkan kursus secara teori dan praktikal dalam bidang jahitan rekaan fesyen, malah para peserta turut didedahkan ciri-ciri keusahawanan dan perniagaan industri tekstil (real industry) yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Kursus yang ditawarkan termasuklah kursus jangka pendek dan jangka panjang dalam bidang rekaan fesyen pakaian.

AJKK juga menawarkan kursus khas untuk  golongan belia dan suri rumah atau mereka yang bekerja dan ingin mempelajari dan mendalami ilmu kemahiran membuat baju untuk diri sendiri dan juga keluarga pada masa lapang. Disamping memperbaiki kemahiran dan cara yang lebih tepat membuat berbagai jenis baju kurung moden, kebaya, kebaya moden, seluar, skirt panjang, blouse, pakaian tradisional, gaun pengantin, gaun malam (evening dress) dan lain-lain.

AJKK menawarkan program kursus Pembuat Pakaian Wanita untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1,2 dan 3. Program persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui SLDN;

1. Pembuat Pakaian Wanita (K-012-1) , SKM Tahap 1 (6 bulan)

2. Pembuat Pakaian Wanita Kanan (K-012-2,SKM Tahap 2 (6 bulan)

3.Penyelia Pembauat Pakaian Wanita (K-012-3), SKM Tahap 3 (12 bulan)

Syarat dan Kelayakan

1. Warganegara Malaysia

2. Umur 16 tahun dan ke atas

3. Boleh membaca dan menulis

4. Berminat dalam bidang jahitan

10 Sebab Kenapa di AJKK?

1. Nota disediakan

2.Kursus meliputi teori dan praktikal

3. Tempat berhawa dingin

4. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan mahir

5. Jadual pembelajaran yang fleksible

6. Menjana pendapatan sampingan

7. Kelas jahitan terbuka kepada semua lapisan umur;belia,beliawanis,surirumah,bekerja atau sesiapa sahaja yang berminat

8. Pilihan kursus secara sambilan atau sepenuh masa

9. Sistem latihan yang mudah dan senang di fahami

10.Peserta diajar dengan teknik melakar pola (pattern), mengukur, memotong/menggunting, menjahit dan menghias pakaian

*Pembelajaran termasuk kaedah pemasangan aksesori seperti manik,labuci dan tulang belt

Promosi Terkini!

Berikut diantara kursus-kursus jahitan bagi promosi tahun 2013;

1. PAKEJ AJK, (KURSUS SECARA SEPENUH MASA)

Blouse, skirt, Gown kanak-kanak, Sepasang baju kurung moden, Sepasang baju kurung tradisional, Mini dress, Seluar slek, Gown mengandung dan asas menyulam.

Yuran kursus: RM6,500
Tempoh latihan: 600 jam
Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1)
(Yuran termasuk bayaran pendaftaran & Kit jahitan amali sepanjang kursus)

***Asrama disediakan bagi pelajar-pelajar yang tinggal diluar kawasan Kota Kinabalu.

2. PAKEJ DREAM COLLECTION (DC), (KURSUS SECARA PART TIME)
Blouse, Skirt,slek (seluar), Sepasang baju kurung tradisional (baju kurung asli), Sepasang baju kurung moden dan sepasang kebaya.

Yuran kursus: RM3,000 (RM4,200)
Tempoh latihan: 300 jam
Persijilan: Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK)
**(Yuran termasuk bayaran pendaftaran & Kit jahitan amali sepanjang kursus)

3. PAKEJ MYSKILLS, (KURSUS SECARA PART TIME)
Asas blouse, Asas skirt, A-Line, Sepasang baju kurung tradisional (baju kurung asli) dan sepasang baju kurung moden.

Yuran kursus: RM2,500 (RM3,500)
Tempoh latihan: 120 jam
Persijilan: Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK)
**(Yuran termasuk bayaran pendaftaran & Kit jahitan amali sepanjang kursus)

PAKEJ MYDREAMSKILLS, (KURSUS SECARA PART TIME)

Berikut ialah promosi kursus jahitan sempena pembukaan cawangan AJKK di Sandakan;

Sepasang baju kurung asli,Asas blouse, Asas skirt dan sepasang baju kurung moden.

Yuran kursus: RM2,000 (RM3,500)
Tempoh kursus: 160 jam
Persijilan: Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK)
**(Yuran termasuk bayaran pendaftaran & Kit jahitan amali sepanjang kursus)

Makluman: Tempoh promosi dan bilangan pelajar adalah terhad, pendaftran awal dialu-alukan. Sila hubungi AJKK untuk pendaftaran atau melengkapkan borang pra-pendaftaran online yang disediakan.

 

 

18 responses to “KURSUS JAHITAN & PROMOSI TERKINI

  1. iza

    May 20, 2012 at 4:24 pm

    saya nak tahu bagaimana ajkk menyediakan kursus khas utk golongan yg bekerja?saya seorang guru dan berkhidmat pula di tenom.apakah pilihan yg ajkk boleh cadangkan kpd saya?tq

     
    • Admin

      August 9, 2012 at 5:17 pm

      Buat masa ini, semua kursus yang ditawarkan dijalankan di Akademi sahaja.Bagaimanapun pihak akademi dalam perancangan untuk mengadakan pembelajaran secara jarak jauh di masa akan datang agar semua yang berminat di bidang ini tetapi terikat dengan pekerjaan masing-masing berpeluang untuk mendalami ilmu jahitan.

       
  2. BeeZee

    August 21, 2012 at 5:00 am

    Saya berminat untuk mengikuti kursus jangka pendek secara sambilan memandangkan saya tidak mempunyai waktu lapang kerana berkerja. Berapa yuran yang perlu dibayar untuk mengikuti kursus di Akademi? Please advise…TQ.

     
  3. Nurina

    August 27, 2012 at 8:58 am

    Saya berminat utk belajar menjahit. kalau saya ambil kursus jangka pendek dan ambil Pakej AJKK… Berapa lama kah kursus tersebut dan berapakah kos utk Pakej AJKK.

     
  4. edah

    September 6, 2012 at 9:41 am

    aslmkum dan salam sejahtera… saya sangat berminat tuk mengikuti krusus nie… tapi saya guna passport mm13… blh ka????

     
  5. fiza

    September 8, 2012 at 7:39 am

    Salam sejahtera…berapakah kos bagi pakej ajkk? tq..

     
  6. GJ

    December 11, 2012 at 7:26 am

    Hi admin… saya berminat utk mngambil kursus jahitan. bole admin emailkan sy pakej2 bserta dengan kosnya? tq..

     
  7. Amy Anim

    December 28, 2012 at 9:37 am

    hi admin.. boleh emel detail kos pakej yang ditawarkan? sy berminat mengikuti kursus part time waktu malam. tq

     
  8. ivy

    December 30, 2012 at 4:23 am

    hellow..kalau ambil sepenuh masa apa pakej yang ada dan kos??..

     
  9. imelda

    January 3, 2013 at 3:37 am

    hi saya sangat berminat untuk kursus jangka pendek secara sambilan kerana saya bekerja sepenuh masa..boleh tolong hantarkan email berkenaan maklumat lengkap (yuran, masa latihan,etc) ke chinmel@ymail.com..terima kasih

     
  10. eiznie

    January 12, 2013 at 1:11 am

    hi, saya berminat utk mengambil kursus secara sambilan bagi pakej AJKK,tolong email maklumat lengkap berkenaan kursus tersebut & tempat kursus berdekatan (sekiranya ada)..saya tinggal di telipok dan bekerja sepenuh masa..tq

     
    • Admin

      January 12, 2013 at 10:22 am

      hi eiznie, maklumat lengkap berkenaan kursus secara sambilan boleh didapati menerusi laman blog ini. Tempat kursus terdekat ialah di AJKK Kota Kinabalu. Sila lengkapkan borang pra-pendaftaran online agar kami dapat menghubungi cik Eiznie dengan segera!

       
  11. Ema

    February 4, 2013 at 7:20 am

    Salam admin, saya berminat kursus pada waktu malam kerna saya bekerja. berpa kah kos nya.tq

     
  12. Rosyanti Sali

    February 10, 2013 at 8:10 am

    salam admin,saya berminat kursus ni tpi saya bekerja,saya ambil masa waktu malam ja.berapa kos nya.tq

     
  13. afedah

    February 18, 2013 at 2:09 am

    yuran rm2000 untuk spenuh msa kna byr lump sum upon registration ka atau lpas abis blajar?

     
  14. kamalia kamih

    April 24, 2013 at 7:32 am

    hi saya nak tahu kalau saya nak apply secara full time? sijil yg ditawarkan untuk skm thap 3 tu mcm mana ya,? sebab hnya sijil untuk skm tahap 1 sahaja saya nmpak di blog kamu? thank you.

     
  15. sarinah

    May 22, 2013 at 3:21 pm

    Nak tanya kursus disandakan ada kah?

     
  16. zane

    July 5, 2013 at 2:57 am

    boleh bayar secara ansuran?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: