RSS

TENAGA KERJA

ELVIN EDWARD

Memegang jawatan sebagai Pengurus Bahagian Sumber Manusia.Beliau telah menyertai AJKK sejak akademi ini ditubuhkan.Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sedang mengikuti Kursus Jahitan secara sambilan di akademi ini.

 NORAIN YUNUS

Merupakan Guru Jahitan dan Rekaan Langsir. Beliau berkelulusan SPM dan menjadi Peserta Terbaik Kursus Jahitan di Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah pada tahun 2004.Beliau juga mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Satu dan pernah mengikuti kursus jahitan anjuran Pusat Giat Mara di Keningau selain berpengalaman luas dalam jahitan pakaian moden wanita dan pernah bekerja di gedung jahitan pakaian di sekitar Kota Kinabalu dan Keningau.

 NORHAYATI ABDULLAH

Merupakan Guru Jahitan Teori dan Praktikal dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang jahitan serta pernah menyertai  Kursus membuat variasi pakaian wanita kebangsaan anjuran Jabatan Kemas Negeri Sabah pada tahun 2004.Beliau juga pernah menyertai Kursus Pendidikan Kemahiran Sulaman anjuran Bahagian Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia pada tahun 2000 dan Kursus Induksi Pertauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PPL) anjuran Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2009.

 CLARICE TAHULOI

Dilantik untuk menjadi tenaga pengajar Tahap 1 di Akademi Jahitan Kota Kinabalu dan merupakan Peserta Jahitan Cemerlang Kursus Jahitan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah pada tahun 2008.Beliau juga mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan Tahap 2 selain mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

9 responses to “TENAGA KERJA

  1. eyn

    July 28, 2011 at 6:37 am

    saya nak bertanyakan jika2 ada terbuka pengambilan bg kelas jahitan di keningau

     
    • noraisa

      January 25, 2013 at 3:38 am

      saya berminat jika ada kekosongan jawatan sebagai guru tenaga pengajar.saya memiliki sijil kemahiran dalam bidang jahitan belia dan sukan…dan mahir dalam jahit manik dan labuci bermacam macam corak ….saya berharap sangat dapat peluang jawatan ini jika ada….

       
  2. Ryn

    November 1, 2011 at 5:07 am

    Saya ingin bertanya jika ada kekosongan jawatan sebagai tenaga pengajar d AJKK? Saya memiliki SKM tahap 1,2 dan 3 dalam bidang jahitan pakaian wanita. selain itu, saya juga memiliki sijil kemahiran jahitan dan sulaman anjuran KEMAS. Adakah AJKK mempunyai cawangan d kawasan bandar kota kinabalu? Bagaimana caranya saya memohon jawatan di AJKK?

     
  3. Admin

    February 13, 2012 at 4:40 am

    Ryn, sila emailkan resume ANDA ke akademijahitankk@yahoo.com. Terima kasih.

     
  4. Admin

    February 13, 2012 at 4:41 am

    eyn, keningau masih dalam perancangan.

     
  5. molly

    May 9, 2012 at 7:55 am

    boleh saya tau pakej2 jahitan yg di tawar kan dan berapa yuran krusus bagi part time?

     
    • Admin

      August 10, 2012 at 12:20 pm

      Molly, sila rujuk pada KURSUS YANG DITAWARKAN seperti tertera di atas.

       
  6. Ainah Jaim

    November 1, 2012 at 1:37 pm

    Saya ingin tanya..sekiranya masih ada kekosongan sebagai tenaga pengajar di AJKK.. Saya mempunyai kelulusan Degree in Art and Design(Fashion Design) (UITM) dan Diploma Art and Design(Graphic Design and Digital Media)(UITM)

     
  7. nurul elliany binti arshad

    April 8, 2013 at 10:59 am

    asslamualaikum,,🙂,, b0leh saya tahu samada ade xye kek0s0ngan pluang pkerjaan sbagai tenaga pengajar,,, saya mmpunyai sijil tahap 1, 2, dan 3 dalam pakaian wanita manakala sijil skm tahap 1 dan 2 dan pakaian lelaki,, saye juga mempunyai sijil asas jahitan langsir yang dianjurkan di bawah krsus 1 mlysia,,, kek0s0ngan peluang tu ade x ye di skitar negeri j0h0r,,,?,, maklum balas dri pihak admin amt sye hargai,, terima kasih,,

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: