RSS

SIARAN AKHBAR

SIARAN AKHBAR
1AZAM KOTA BELUD
_DSC0002 _DSC0003 _DSC0004 _DSC0005
19 Julai 2013.
46 PESERTA TAMAT KURSUS KEMAHIRAN JAHITAN 1AZAM
IMG_1242 Azam Marudu 3-2
Jelius (duduk, tengah) bergambar bersama peserta Kursus Kemahiran Jahitan Program 1Azam (berdiri) dan tenaga pengajar AJKK di majlis itu.
KOTA MARUDU: Seramai 46 peserta telah berjaya menamatkan Kursus Kemahiran Jahitan Program 1AZAM selama 10 hari yang berlangsung di Hexan Hotel, dekat sini, hari ini.
Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tandek, Encik Jelius Radani mewakili Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Puan Anita Baranting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tandek merasmikan penutupan kursus itu.
IMG_1215 Azam Marudu 1-1
 PERALATAN JAHITAN…Jelius menyampaikan bantuan peralatan jahitan program 1AZAM kepada Puan Nurin sambil diperhatikan oleh Alice (kiri) dan Sukimi.
Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan dan peralatan jahitan Program 1Azam kepada para peserta yang terdiri daripada golongan miskin tegar, dan miskin yang tersenarai E-Kasih dari kampung terpencil di Kota Marudu.
Kursus itu dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah (MAFI) dan dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) sebuah pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.
IMG_1083 Azam Marudu 2
SIJIL..Jelius menyampaikan sijil tamat kursus kepada seorang peserta sambil diperhatikan oleh Alicia (kiri), Sukimi dan Jaipin.
Turut hadir ialah Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu, Encik Jaipin Minsu, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Tandek, Encik Sukimi Soyoh, Ketua Daerah Kota Marudu, OKK Haji Abd.Jalil Jalani, Pengarah AJKK, Puan Alicia Lenson. dan pemimpin masyarakat setempat.

Keratan Akhbar

 

Siaran Akhbar

04 Mac 2013.

YAHYA RASMI KEDAI JAHIT 1AZAM

YAHYA menandatangani plak perasmian Kedai Jahit 1AZAM di majlis itu

YAHYA menandatangani plak perasmian Kedai Jahit 1AZAM di majlis itu

 KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Kedai Jahit 1AZAM, bimbingan Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) di Central Shopping Plaza, Kepayan Ridge hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Ujang Sulani, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Tuan Haji Awang Damit Awang Anak, Setiausaha Politik Yahya, Haji Mahlan Zinin dan Pengarah AJKK, Puan Alicia Lenson.

AJKK merupakan sebuah Pusat Latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia  menubuhkan Kedai Jahit 1AZAM bagi membantu mantan peserta Program 1AZAM.

Terletak di Lot 2-B5, Level 2, Central Shopping Plaza, Kepayan, penubuhan kedai ini diilhamkan oleh pengasas AJKK, Puan Alicia Lenson.

AJKK telah menyewa premis tersebut untuk tempoh 1 tahun dan menyediakan pelbagai kelengkapan seperti mesin jahit industri, mesin bimbit pelbagai guna, mesin jahit tepi dan bahan-bahan jahitan lain yang bernilai lebih RM50 ribu untuk kegunaan mantan peserta Program 1AZAM.

Dengan kemudahan yang lengkap itu, mereka dapat menjalankan aktiviti perniagaan iaitu menerima tempahan dan menjahit pelbagai jenis baju dan pakaian untuk memperolehi pendapatan.

AJKK menubuhkan Kedai Jahit 1AZAM bertujuan membantu, membimbing dan mendedahkan mereka dengan latihan kemahiran menjahit dan keusahawanan menerusi pengalaman menerima tempahan pakaian daripada pelanggan.

Setakat ini, seramai 7 orang mantan peserta Kursus Seni Kreatif Jahitan Program 1Azam anjuran Kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah terpilih menyertai projek perintis AJKK itu. Mereka datangnya daripada beberapa daerah seperti Pitas, Sipitang, Tawau, Beaufort, Kunak dan lain-lain.

Di Kedai Jahit 1Azam mereka dibimbing dan didedah mengenai selok-belok perniagaan kedai jahit. Mereka bukan sahaja bertemu, dan berinteraksi dengan pelanggan, menerima tempahan, malah menyiapkan jahitan pelanggan.

Pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan pelanggan ini amat penting dan berguna kepada mereka apabila membuka perniagaan kedai jahit sendiri suatu hari kelak.

Dengan suasana kedai jahit yang berhawa dingin di dalam pusat membeli  belah, AJKK berharap Kedai Jahit 1AZAM ini akan mendapat sokongan daripada masyarakat pelbagai peringkat.

Sokongan daripada masyarakat amat penting sebagai motivasi dan semangat kepada mantan peserta Program 1Azam yang terpilih ini untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Bagi membantu meringankan beban peserta Kedai Jahit 1AZAM, AJKK turut menyediakan kemudahan seperti uniform, asrama dan lain-lain keperluan.

YAHYA memotong riben merasmikan Kedai Jahit 1AZAM sambil diperhatikan oleh Ujang (kanan) dan Alicia (tiga dari kiri).

YAHYA memotong riben merasmikan Kedai Jahit 1AZAM sambil diperhatikan oleh Ujang (kanan) dan Alicia (tiga dari kiri).

UNTUK ALBUM...Yahya bersama Ujang (lima dari kiri),Ag.Damit (kanan) dan Alicia (tiga dari kiri) bergambar bersama peserta Kedai Jahit 1AZAM di premis kedai itu.

UNTUK ALBUM…Yahya bersama Ujang (lima dari kiri),Ag.Damit (kanan) dan Alicia (tiga dari kiri) bergambar bersama peserta Kedai Jahit 1AZAM di premis kedai itu.

ALICIA menyampaikan cenderamata kepada Ujang di majlis itu.

ALICIA menyampaikan cenderamata kepada Ujang di majlis itu.

MUTU JAHITAN...Yahya meneliti mutu jahitan pakaian yang dihasilkan oleh peserta Kedai Jahit 1AZAM.

MUTU JAHITAN…Yahya meneliti mutu jahitan pakaian yang dihasilkan oleh peserta Kedai Jahit 1AZAM.

Siaran Akhbar

8 Disember 2012

DR.YEE SAMPAIKAN SIJIL KEPADA GRADUAN SLDN ZON SABAH & LABUAN

IMG_8120 SLDN 1

TIMBALAN Ketua Menteri, Datuk Dr. Yee Mho Chai menyampaikan sijil kepada lebih 400 orang graduan pada Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Zon Sabah dan Labuan yang diadakan di  Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, hari ini.

Majlis itu merupakan kali pertama dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia bersama-sama Syarikat dan Penyedia Latihan SLDN Zon Sabah dan Labuan .

Penganjuran majlis konvokesyen itu bertujuan meraikan kejayaan graduan yang menamatkan tempoh latihan kemahiran melalui kaedah SLDN (National Dual Training System) dalam pelbagai bidang di syarikat dan Pusat Latihan SLDN yang ditauliahkan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Encik Bruno Vun, Timbalan Pengarah Bahagian SLDN, Haji Mohd.Yazid Awaluddin mewakili Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Penong Pengarah, Raja Surian Muthu Elandy, Pengarah JPK Wilayah Sabah dan Labuan , Encik Syahrull Nizam Perdan.

Kelihatan dalam gambar:

IMG_8107 SLDN 2IMG_8103 SLDN 3 Dr.Yee menyampaikan sijil kepada graduan sambil diperhatikan oleh Mohd.Yazid (kiri) dan Bruno di majlis itu.

IMG_8058 SLDN 4 Dr.Yee menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Pusat Latihan SLDN, Akademi Jahitan Kota Kinabalu, Puan Alicia Lenson sambil diperhatikan oleh Mohd.Yazid (kiri) dan Bruno.

IMG_8241 SLDN 5SEBAHAGIAN daripada graduan SLDN bergambar kenang-kenangan bersama pengurus pusat latihan mereka

20 BELIA BERJAYA SERTAI KURSUS SENI KREATIF JAHITAN PROGRAM 1AZAM

04 Oktober 2012

JAHID (duduk, empat dari kanan) bersama Haji Ag.Damit (duduk, tiga dari kanan), Alicia (duduk, empat dari kiri) dan tenaga pengajar AJKK bergambar bersama peserta kursus.

KOTA KINABALU:  Seramai 20 orang belia  telah berjaya menyertai dan menamatkan Kursus Seni Kreatif Jahitan dibawah Program Akhiri Zaman Miskin(1AZAM) anjuran Kerajaan Negeri.

Kursus selama 3 bulan itu bermula 4 Julai 2012 sehingga 4 Oktober 2012 dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSS), telah diadakan di Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK), 88 Market Place, Kepayan.

Kursus itu telah dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK), sebuah pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) (National Dual Training System) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manisia (Department of Skills Development, Ministry of Human Resources).

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Jahid Jahim telah merasmikan penutupan dan menyampaikan sijil kepada para peserta. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap KBSS, Haji Awang Damit Awang Anak dan Pengetua AJKK, Puan Alicia Lenson.

Para peserta yang terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih telah dilatih dan didedahkan dengan kemahiran membuat pelbagai jenis pakaian sepanjang menyertai kursus itu, selain ceramah motivasi dan keusahawanan.

Mereka turut diberi peralatan menjahit bagi membantu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sama ada dengan mengambil upah menjahit di rumah atau membuka gerai dan kedai jahit di kampung masing-masing.

Kerajaan menganjurkan Kursus dan Latihan Kemahiran Seni Kreatif Jahitan dibawah Program 1AZAM atas kesedaran bahawa bidang kemahiran amat berguna kerana ia boleh membantu menjana pendapatan, walaupun kerja menjahit hanya dilakukan di rumah.

Selepas mengikuti kursus dan latihan selama 3 bulan, para peserta perlu berusaha mengembangkan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan, sekaligus keluar dari belenggu kemiskinan.

Belia khusus di Sabah perlu merebut peluang untuk meningkatkan kemahiran menerusi kursus disediakan kerajaan bukan sahaja bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan, malah menjadikannya sebagai kerjaya.

AJKK merupakan pusat latihan kemahiran milik Bumiputera yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 (Pembuat Pakaian Wanita), SKM Tahap 2 (Pembuat Pakaian Wanita Kanan) dan SKM Tahap 2 (Penyelia Pembuat Pakaian Wanita) melalui persijilan SLDN. Sijil SKM Tahap I & 2 diadakan selama 6 bulan, manakala SKM Tahap 3 selama 12 bulan.

PERALATAN…Jahid menyerakan bantuan peralatan menjahit kepada Tuhing sambil diperhatikan oleh peserta kursus yang lain di majlis itu.

PESERTA TERBAIK…Jahid menyerahkan hadiah kepada peserta terbaik kursus itu, Puan Angela Samadau sambil diperhatikan oleh Ag.Damit (tiga dari kanan), Alicia (dua dari kiri).

SIJIL…Jahid menyampaikan sijil tamat kursus kepada Tuhing Tehing dari Pitas di majlis itu.

HASIL…Jahid bersama Ag.Damit dan Alicia meneliti hasil jahitan Angela Samadau di majlis itu.

AKADEMI JAHITAN KOTA KINABALU RAIKAN KANAK-KANAK ISTIMEWA

15 Ogos 2012.

KOTA KINABALU: Seramai 17 orang kanak-kanak daripada Pemilihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Putatan telah diraikan dalam Program “Kasih” dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu, semalam.

Selain menikmati hidangan buffet Ramadan, anak-anak istimewa ini juga menerima “duit raya” daripada AJKK. AJKK turut menyumbang masing-masing RM1,000 (satu ribu ringgit) kepada Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Putatan dan Masjid Al-Jannah, Petagas. Sumbangan itu telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap I (Belia), Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Haji Awang Damit Haji Ag.Anak.

Turut hadir ialah Pengarah dan Pengetua AJKK, Puan Alicia Lenson, Pengerusi PDK Daerah Putatan, Ketua Anak Negeri (KAN) Haji Karim Awang, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Jannah, KAN Haji Amiluddin Majin.

 Menurut Alicia, Program “Kasih” merupakan inisiatif dibawah program tanggungjawab sosial korporat mereka. “Program “Kasih” merupakan usaha dan kesedaran AJKK untuk menzahirkan kecintaan dan kasihnya terhadap sesama insane terutama golongan istimewa dan kurang bernasib baik dalam bulan Ramadan”, katanya.

DUIT RAYA…Haji Awang Damit menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak istimewa sambil diperhatikan oleh KAN Haji Karim Awang dan Alicia.

SUMBANGAN….Haji Awang Damit menyerahkan sumbangan AJKK kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Jannah, KAN Haji Amiluddin sambil diperhatikan oleh Alicia dan Haji Karim (kanan) di majlis itu.

MEMBANTU…Haji Awang Damit menyerahan mok cek sumbangan AJKK kepada Pengerusi PDK Putatan, Haji Karim sambil diperhatikan oleh Alicia.

AJKK menganjurkan Program “Kasih” dan Majlis Berbuka Puasa bertujuan menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjemput golongan istimewa dan kurang berkemampuan untuk bersama-sama berbuka puasa di hotel dalam bulan Ramadan.

 Program ini diadakan juga sebagai salah satu daripada amalan bersedekah dalam bulan Ramadan.

 Golongan istimewa yang dijemput untuk bersama-sama dalam majlis ini ialah pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Putatan dan peserta Program 1Azam yang mengikuti Kursus Seni Kreatif Jahitan: Pembantu Penyedia Pakaian Wanita selama 3 bulan di AJKK atas tajaan kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

 AJKK menjemput golongan istimewa ini untuk berbuka puasa di hotel ini atas kesedaran bahawa golongan istimewa, termasuk yang kurang bernasib baik  mungkin tidak pernah menjejakkan kaki ke hotel, justeru apa salahnya sesekali mereka dijemput merasai pengalaman berbuka puasa di hotel-hotel.

 Menerusi program yang istimewa ini, kita berharap dapat berkongsi sedikit rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan memberi kegembiraan kepada golongan istimewa ini.

 Kita sedar, sedekah itu tidak sekali-kali diukur mengikut kuantiti, tetapi diukur mengikut keikhlasan hati pemberi. Dengan sedekah yang ikhlas ini, pihak pengurusan AJKK berharap akan dapat menyuburkan perasaan kasih sayang sesama insan.

Pengetua dan Pengarah AJKK, Puan Alicia Lenson amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua hadirin terutama Timbalan Setiausaha Tetap I (Belia), Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Haji Awang Damit Haji Ag.Anak  serta semua jemputan dan juga rakan-rakan media yang turut bersama-sama hadir menjayakan majlis ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: